
𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐈𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐋𝐈𝐀𝐑𝐀𝐍
9 APRIL 2025 (RABU) – Satu operasi penguatkuasaan telah dilaksanakan oleh Unit Haiwan Merayau, Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan (JPP), Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di kawasan tepi jalan Kg Cina menuju Kg Pasir Panjang Laut, Sitiawan sekitar jam 11.00 malam pada hari Selasa. Operasi ini telah berjaya menangkap seekor lembu liar yang berkeliaran di kawasan tersebut.
Haiwan berkenaan telah disita mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil Pelesenan Haiwan Ternakan dan Haiwan Merayau (MPM) 2012 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), dan kemudiannya ditempatkan di Pusat Transit Haiwan MPM. Pemeriksaan kesihatan telah dijalankan oleh pegawai daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Manjung bagi memastikan tahap kesihatan haiwan berada dalam keadaan baik sebelum tindakan selanjutnya diambil. Proses lelongan akan dimaklumkan kepada umum setelah tarikh dan masa ditetapkan.
Sebarang maklumat lanjut mengenai perundangan berkaitan boleh dirujuk melalui pautan berikut:
http://www.mpm.gov.my/…/perundangan/undang-undang-kecil
MPM berharap agar pelaksanaan operasi kawalan haiwan ternakan ini dapat memupuk kesedaran dalam kalangan pemilik haiwan agar lebih bertanggungjawab serta mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan komuniti.


