𝐌𝐏𝐌 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐓𝐈𝐑𝐀𝐒𝐔𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓 𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐁𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐌𝐏𝐌 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐓𝐈𝐑𝐀𝐒𝐔𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓 𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐁𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟓

8 JANUARI 2025 (RABU) – Majlis Perasmian Program Pemantapan Integriti dan Antirasuah 2025 telah diadakan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Cawangan Daerah Manjung yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Dato’ Indera Junipah binti Wandi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengurusan dan Profesionalisme SPRM. Hadir bersama ialah Tuan Jaafar bin Tajudin, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Perak, Tuan Razali bin Khamis, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Perak serta pegawai dan kakitangan SPRM.

Majlis Perbandaran Manjung (MPM) turut hadir dalam program ini yang diwakili oleh Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran; Encik Muhamad Hasnizam Dakir, Pengarah Kanan Unit Undang-undang dan Integriti; Encik Mohamad Shahril Salihan, Pengarah Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan; TPr Encik Muhamad Helmy Abdul Hadi, Pengarah Jabatan Perancang Bandar bersama warga kerja MPM termasuk 50 anggota Penguat Kuasa MPM.

Dengan slogan “Jangan Berhenti Jadi Baik”, program ini menjadi lambang tekad untuk terus menanam nilai murni dalam kalangan penguat kuasa, memastikan setiap amanah yang dipikul dilaksanakan dengan integriti dan tanggungjawab. Slogan ini mencerminkan usaha berterusan untuk mendidik para penguat kuasa mengenai kesalahan rasuah, hukuman pesalah, serta ganjaran kepada mereka yang berani melaporkan penyogokan. Ia juga menegaskan kepentingan mencari rezeki yang halal demi keberkatan hidup, sambil menolak segala bentuk penawaran rasuah yang merosakkan kepercayaan dan integriti.