𝐌𝐏𝐌 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟒
5 November 2024 (Selasa) – Majlis Perasmian Sambutan Bulan Integriti Nasional 2024 telah diadakan di Pusat Konvensyen MATRADE, Kuala Lumpur yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Hadir bersama ialah YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara dan YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) turut hadir dalam sambutan ini yang diwakili oleh Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran; Encik Muhamad Hasnizam Dakir, Pengarah Kanan Unit Undang-undang dan Integriti bersama warga kerja MPM.
Sambutan ini menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta dari seluruh negara. Turut diadakan bacaan Ikrar Integriti Malaysia oleh semua hadirin dan Forum: Teguh Integriti, Kukuh Pertiwi yang membincangkan peranan integriti dalam membina negara yang stabil dan berdaya tahan.
Dengan tema ‘Teguh Integriti, Kukuh Pertiwi’, sambutan ini menjadi lambang tekad untuk kita terus memperkukuhkan asas integriti demi kemajuan dan kestabilan negara. Tema ini mencerminkan komitmen bersama dalam membentuk Malaysia yang telus dan bebas daripada gejala rasuah.