𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐀𝐑𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍 (𝐊𝐃𝐒𝐊) 𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐀𝐑𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍 (𝐊𝐃𝐒𝐊) 𝟐𝟎𝟐𝟓

28 JANUARI 2025 (SELASA) – Program Khatan Perdana Kampung Dato’ Seri Kamaruddin (KDSK) 2025 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan bertempat di Arena Square, KDSK pada jam 9.00 pagi. Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Manjung, yang mewakili Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung. Acara perasmian diserikan dengan simbolik siraman dan semburan air menggunakan lori bomba, diketuai oleh Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran MPM bersama anggota bomba. Program diteruskan dengan proses berkhatan beramai-ramai melibatkan seramai 53 orang anak-anak dari komuniti setempat, yang diraikan dengan penuh kegembiraan dan semangat kekeluargaan.

Program ini adalah hasil kerjasama antara Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, komuniti setempat bersama Majlis Perbandaran Manjung. Ia bukan sahaja mencerminkan nilai perpaduan yang tinggi, malah turut mengekalkan budaya dan adat resam Melayu dalam majlis berkhatan, agar warisan ini terus subur dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

Hadir semasa program ialah YB Tuan Haji Rosli Abdul Rahman, ADUN Pasir Panjang; YDh ASP Hasbullah Abd Rahman, Ketua Polis Daerah Manjung; Tuan Munauwir Basri, Pengurus Wilayah Tengah II, Lembaga Air Perak; Tuan Suhaimy Mohd Suhail, Ketua Balai Bomba Zon 3 Manjung; Encik Anuar Omar, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) KDSK, serta Ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan komuniti Kampung Dato’ Seri Kamaruddin (KDSK).

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini.