𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈 𝐒𝐈𝐌𝐔𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐇𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐔 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐎𝐌𝐁𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐘𝐀 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐔 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐋𝐔𝐌𝐔𝐓

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈 𝐒𝐈𝐌𝐔𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐇𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐔 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐎𝐌𝐁𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐘𝐀 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐔 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐋𝐔𝐌𝐔𝐓

9 JANUARI 2025 (KHAMIS) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dengan kerjasama Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dan Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL-MIMET) telah membangunkan sebuah Tangki Simulasi Hutan Bakau, sebuah inovasi unik yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan hutan paya bakau sebagai penahan semula jadi daripada bencana alam seperti ombak besar.

Majlis Penyerahan Tangki Simulasi Hutan Bakau ini juga turut disaksikan oleh Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung. Hadir bersama ialah Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran MPM; Ts. Dr. Zaimi bin Zainal Mukhtar, Dekan UniKL MIMET; Puan Norazean Mohd Nor, Project Field Coordinator UNDP; Encik Noor Ismady bin Ahmad Radzuan, Timbalan Pengerusi Persatuan Aktivis Sahabat Alam Kuasa; barisan Ahli – ahli Majlis MPM, Pengarah Kanan dan Pengarah MPM.

Projek ini merupakan hasil usaha sama dengan dana daripada United Nations Development Programme (UNDP) dan direka bentuk oleh pasukan dari Asia Marine Design Center, UniKL-MIMET. Tangki ini juga berfungsi sebagai bahan pameran untuk memberi pemahaman kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga ekosistem hutan paya bakau demi kestabilan alam sekitar.

Justeru itu, projek ini adalah satu langkah penting dalam memupuk kesedaran masyarakat tentang perlindungan ekosistem hutan bakau yang kritikal bagi menghadapi perubahan iklim dan bencana alam. Diharapkan inisiatif ini menjadi inspirasi kepada semua pihak untuk terus berusaha melindungi khazanah alam semula jadi kita. Bersama-sama, kita mampu memelihara ekosistem hutan paya bakau demi kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan generasi akan datang. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama dalam merealisasikan Majlis Penyerahan Tangki Simulasi Hutan Bakau ini. Sokongan anda semua amat dihargai dalam usaha memelihara kelestarian alam sekitar!