𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐀𝐍𝐃𝐔𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐅𝐀𝐇𝐀𝐌𝐀𝐍 (𝐌𝐎𝐔) 𝐂𝐎𝐌𝐌𝐄𝐑𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐏𝐀𝐑𝐓𝐍𝐄𝐑𝐒𝐇𝐈𝐏 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐆𝐋𝐎𝐖 𝐗 𝐒𝐋𝐄𝐄𝐕𝐄 (𝐆𝐒𝐗)

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐀𝐍𝐃𝐔𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐅𝐀𝐇𝐀𝐌𝐀𝐍 (𝐌𝐎𝐔) 𝐂𝐎𝐌𝐌𝐄𝐑𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐏𝐀𝐑𝐓𝐍𝐄𝐑𝐒𝐇𝐈𝐏 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐆𝐋𝐎𝐖 𝐗 𝐒𝐋𝐄𝐄𝐕𝐄 (𝐆𝐒𝐗)

27 MAC 2025 (KHAMIS) – Telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Projek Inovasi Glow X Sleeve (GSX) dan Commercial Partnership antara Markas Udara, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bersama Opax Euro Sdn. Bhd. pada jam 12.00 tengah hari di Dewan Utama, MPM.

MoU ini dimeterai oleh Yang Dipertua MPM, Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri bersama Laksamana Pertama Ruzman Mat, Panglima Udara TLDM; dan Encik Nik Mohd Faizal Zainal Abidin, Pengarah Urusan Opax Euro Sdn. Bhd. menandakan jalinan kerjasama strategik dalam memperkasa aspek keselamatan dan inovasi perbandaran. Hadir bersama ialah Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran MPM; Komander Hairul Afiqin Tukimin, Pegawai Memerintah KD Rajawali; barisan Pengarah Kanan, Pengarah dan Pegawai MPM serta Pegawai TLDM.

Melalui MoU ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam pembangunan projek Glow X Sleeve (GSX), iaitu satu inovasi keselamatan kebakaran yang direka khas untuk meningkatkan keberkesanan pemadaman kebakaran di bangunan dan premis. Inovasi ini bukan sahaja berperanan dalam mengoptimumkan kecekapan sistem keselamatan, malah turut sejajar dengan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang menitikberatkan perlindungan di tempat kerja.

MPM berharap kerjasama ini mampu membuka ruang kepada pembangunan inovasi keselamatan yang lebih meluas, bukan hanya di peringkat negeri tetapi juga di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Semoga usaha ini dapat menjadi pemangkin kepada penerokaan teknologi hijau dan mesra alam dalam sektor keselamatan, seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.