𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐕𝐈𝐂𝐓𝐎𝐑𝐈𝐀 𝐂𝐎𝐔𝐍𝐓𝐑𝐘, 𝐒𝐈𝐓𝐈𝐀𝐖𝐀𝐍
18 DISEMBER 2024 (RABU) – Majlis Makan Malam Komuniti Victoria Country telah diadakan pada jam 6.30 petang di Victoria Country, Sitiawan. Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran hadir mewakili Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM). Turut hadir ialah YB Jason Ng Thien Yeong, ADUN Astaka; Puan Norhaidah Riboet, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah); wakil Pejabat Hutan Daerah Kinta/Manjung, Pengarah-pengarah dan kakitangan MPM, agensi-agensi kerajaan serta komuniti Victoria Country.
Majlis ini dianjurkan oleh Victoria Country Sdn. Bhd. and DKLS untuk meraikan kejayaan menyiapkan projek perumahan komuniti berpagar iaitu Springville 1A. Gimik penyerahan replika kunci rumah telah disampaikan oleh Setiausaha Perbandaran MPM kepada Pengerusi Persatuan Penduduk Springville 1A Victoria Country. Syabas diucapkan kepada DKLS dan Victoria Country atas perancangan yang bersepadu dan teliti yang ditunjukkan dalam projek Victoria Country. Semoga DKLS dapat meneruskan usaha cemerlang, kegigihan dan inovasi dalam menghasilkan projek berkualiti seperti ini.
Turut diadakan perasmian upacara simbolik program penanaman pokok “Green the Earth” oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah). Program ini, kerjasama bersama Pejabat Hutan Daerah Kinta/Manjung, memaparkan komitmen DKLS dan Victoria Country dalam menyokong ESG (Environmental, Social & Governance) selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Perak dalam menangani isu perubahan iklim bagi memastikan pembangunan yang seimbang di negeri Perak.
Sesi penyerahan cek bantuan sumbangan CSR DKLS turut diadakan pada malam tersebut. Pelaksanaan program CSR menzahirkan keprihatinan DKLS terhadap usaha-usaha dalam membantu kesejahteraan dan pembangunaan komuniti dan masyarakat kita. Semoga amalan berkongsi rezeki ini diteruskan. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepda warga kerja DKLS.
Majlis makan malam komuniti Victoria Country membuktikan kerjasama erat antara syarikat swasta dan agensi kerajaan sebagai pemangkin kejayaan projek. MPM berharap usaha DKLS dapat menginspirasi kerjasama serupa demi kepentingan masyarakat dan pembangunan daerah Manjung.