𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐉𝐀𝐊 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐉𝐀𝐊 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

5 MAC 2025 (RABU) – Masjid Al-Wataniah, Pasir Panjang Laut menjadi lokasi pertama bagi Majlis Berbuka Puasa dan Jejak Warisan Masjid Tahun 2025.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial, MPM meneruskan komitmen dalam menyantuni golongan kurang berkemampuan melalui pengagihan kotak makanan di bawah Projek ERAT (Ekspedisi Rakyat Terbela). Selain itu, pelancaran QR Code Flipbook Masjid membolehkan orang ramai mengakses maklumat berkaitan masjid ini.

Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran bersama Puan Noorhayati Abdul Rahim, Pengarah Kanan MPM telah menyerahkan kotak bantuan Projek ERAT kepada komuniti perbandaran yang terpilih. Turut hadir ialah YB Haji Rosli Abdul Rahman, ADUN Pasir Panjang; Encik Safuan Salleh, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan); Tuan Syed Abdul Hanif Sayed Abdul Hamid, Penghulu Sitiawan, Pengarah MPM serta komuniti setempat.

Program ini bukan sekadar mengimarahkan bulan Ramadan tetapi juga memperkukuh hubungan antara MPM dan penduduk setempat dalam usaha membangun komuniti yang harmoni dan sejahtera.