
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐎𝐒𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐉𝐀 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀 𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 (𝐁𝐁𝐒𝐀𝐏), 𝐒𝐈𝐓𝐈𝐀𝐖𝐀𝐍
5 MEI 2025 (ISNIN) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengadakan sesi lawatan turun padang bersama YB Jason Ng Thien Yong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka di kawasan Padang Residen 6 dan Residen 7, Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP), Sitiawan pada jam 11.00 pagi.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau keadaan padang dan kiosk penjaja serta mendapatkan maklum balas secara langsung daripada komuniti setempat berkaitan isu-isu berbangkit yang melibatkan penyelenggaraan, kemudahan awam dan persekitaran setempat.
Turut serta dalam sesi lawatan ini ialah Puan Tan Ko Shin, Ahli Majlis MPM Zon 13; Encik Nor Azman Mohd Saman, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 13; wakil Lagenda Properties Berhad, barisan Pengarah dan pegawai MPM.
Majlis Perbandaran Manjung akan terus komited dalam mengambil kira pandangan dan cadangan daripada kepimpinan tempatan dan komuniti dalam memaksimumkan manfaat kemudahan dan prasarana di bawah seliaan MPM.



