𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐌𝐏𝐌 𝐊𝐄 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐃𝐎𝐎𝐃𝐋𝐄 𝐀𝐑𝐓

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐌𝐏𝐌 𝐊𝐄 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐃𝐎𝐎𝐃𝐋𝐄 𝐀𝐑𝐓

26 MAC 2025 (RABU) – Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, bersama Encik Afzal Mohsin, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat dan Kelestarian, Asia Pasifik (VALE), barisan pengarah MPM, pegawai MPM serta pegawai Vale telah mengadakan lawatan ke tapak projek Doodle Art di Seri Manjung.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau kemajuan projek seni mural Doodle Art, yang merupakan salah satu inisiatif memperindah kawasan bandar dengan elemen kreatif dan artistik, sekali gus mewujudkan identiti unik bagi Seri Manjung sebagai destinasi pelancongan berasaskan seni dan budaya.

Fokus utama lawatan ini:

✅ Menilai perkembangan serta kemajuan projek seni mural

✅ Memastikan kualiti dan kesenian projek mengikut piawaian yang ditetapkan

✅ Mengenal pasti cabaran serta aspek teknikal yang perlu ditambah baik

MPM berharap projek Doodle Art ini bukan sahaja dapat memperindah landskap bandar, tetapi juga menjadi simbol kreativiti dan inovasi dalam usaha menjadikan Manjung sebuah Bandar Raya Pelancongan dan Maritim yang lebih berdaya saing. Inisiatif ini selaras dengan komitmen MPM dalam memperkasa sistem perkhidmatan perbandaran secara efektif dan efisien, dengan menambah baik ruang awam yang lebih inklusif, menarik dan mesra komuniti.

MPM komited dalam memperkasakan pembangunan berasaskan seni dan kreativiti demi kesejahteraan serta kemakmuran masyarakat! 🖌🎨