
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐍𝐀𝐌
20 FEBRUARI 2025 (KHAMIS) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah menerima lawatan daripada Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) pada 10.00 pagi.
Ketibaan delegasi yang diketuai oleh Encik Mohd Azreen Ariffin, Setiausaha MDSB bersama 18 pegawai telah disambut mesra oleh Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua MPM.
Fokus utama lawatan ini adalah untuk berkongsi berkaitan pengurusan dan pelaksanaan Lesen Premis Digital myPATIL dalam memperkasa sistem perlesenan digital bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan serta memperkukuh tadbir urus digital dalam sektor pentadbiran PBT.
Semoga perkongsian ini menjadi pemangkin kepada hubungan strategik antara kedua-dua pihak dan membuka ruang kerjasama yang lebih erat demi pembangunan perbandaran yang lebih progresif dan mampan.



