𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐆𝐀𝐉𝐀𝐇

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐆𝐀𝐉𝐀𝐇

4 SEPTEMBER 2024 (RABU) – Telah berlangsung sesi lawatan penandaarasan ke Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) pada jam 9.50 pagi.

Lawatan ini diketuai oleh Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua dan turut dihadiri oleh Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran, barisan Pengarah Kanan, Pengarah dan pegawai-pegawai MPM.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk berkongsi maklumat berkaitan pelaksanaan Digital Document Management System (DDMS) 2.0. Sistem ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan proses penyimpanan fail jabatan secara dalam talian, kecekapan pengurusan dokumen dan menyokong inisiatif digitalisasi dalam perkhidmatan awam.

Diharapkan sesi lawatan ini dapat menambah pengetahuan dan memberi inspirasi kepada MPM dalam melaksanakan sistem pengurusan dokumen digital yang lebih efisien. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Dipertua, Setiausaha, Ketua-ketua Jabatan serta warga kerja MDBG yang sudi menerima lawatan ini dan berkongsi maklumat berkenaan pelaksanaan DDMS 2.0

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐆𝐀𝐉𝐀𝐇
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐆𝐀𝐉𝐀𝐇