𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇

6 DAN 7 SEPTEMBER 2024 – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang diketuai oleh Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua MPM.

Ketibaan delegasi MPM pada jam 8.00 malam tadi telah disambut dengan penuh hormat oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Shadan Haji Othman, Datuk Bandar bersama Yang Berbahagia Datuk Ahmad Azlan Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya serta pegawai-pegawai MBMB yang terlibat. Taklimat berkenaan sistem pencahayaan telah disampaikan oleh PuanFadlina Mohni, Timbalan Pengarah Kejuruteraan, MBMB. Delgasi MPM juga dibawa melawat ke sekitar kawasan Zon Bebas Kenderaan @ Banda Hilir bagi merasai suasana dan melihat projek pencahayaan di kawasan tersebut serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Pada hari kedua lawatan, delegasi MPM dibawa ke tapak projek menaik taraf jejantas di Melaka Sentral manakala sesi taklimat berkenaan projek ini telah disampaikan oleh Tuan Ir. Mansor Haji Mohamad, Pengarah Kejuruteraan MBMB mengenai perkembangan terkini dan impak positif projek ini terhadap kemudahan serta keselamatan awam.

MPM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada MBMB atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang berharga ini. Diharapkan kerjasama ini akan memberikan manfaat dan sumbangan positif kepada pembangunan serta kemajuan kawasan Manjung.

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇