𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐈
21 NOVEMBER 2024 (Khamis) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah menerima lawatan daripada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) pada jam 11.00 pagi. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan berkongsi idea berkaitan keseragaman dalam pengurusan penguatkuasaan khususnya bagi menangani isu-isu Binaan Tanpa Kebenaran (BTK) dan Pelantikan Ejen Pengurusan di kawasan Strata.
Lawatan ini disambut oleh Encik Muhamad Hasnizam bin Dakir, Pengarah Kanan Unit Undang-Undang dan Integriti, MPM. Manakala, delegasi MBSP diketuai oleh Sr Zulhisyam bin Abdul, Pengarah Jabatan Pesuruhjaya Bangunan, MBSP bersama 21 pegawai MBSP. Selain daripada sesi perkongsian ilmu, turut diadakan lawatan tapak di sekitar perumahan PRIMA.
MPM merakamkan ucapan terima kasih kepada MBSP atas lawatan yang penuh bermakna ini. Semoga lawatan ini dapat memperkukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua pihak serta memberi manfaat dalam mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan yang diberikan masyarakat.