𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆, 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
14 NOVEMBER 2024 (KHAMIS) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah menerima lawatan daripada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bagi tujuan berkongsi ilmu dan pengalaman dalam pelaksanaan Sistem OSC 3 PLUS serta pembangunan aplikasi dalaman yang dibangunkan oleh kedua-dua pihak bagi mempertingkatkan kecekapan dalam pengurusan mesyuarat dan pemprosesan permohonan.
Delegasi ini disambut oleh TPr Abdul Rahim Syah Khalib, Pengarah Unit Pusat Setempat MPM. Dari MPS pula diketuai oleh Encik Shamsul Azlan Mohamad Anuar, Pengarah Jabatan Pusat Setempat bersama 15 warga kerja MPS.
MPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MPS atas kesudian melawat serta berkongsi pengalaman berharga ini. Semoga lawatan ini dapat mengeratkan lagi kerjasama antara kedua-dua pihak demi peningkatan mutu perkhidmatan untuk manfaat bersama.