𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀

27 FEBRUARI 2025 (KHAMIS) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah menerima lawatan kerja dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada jam 2.30 petang.

Ketibaan delegasi yang diketuai oleh TPr Lee Yoke San, Pengarah Pusat Setempat (OSC) bersama 26 pegawai MBPJ telah disambut mesra oleh Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran MPM, barisan Pengarah MPM serta pegawai MPM.

Fokus utama lawatan ini adalah untuk mewujudkan medium perkongsian pengalaman mengenai tatacara dan kaedah pelaksanaan sistem OSC 3.0 Plus Online berdasarkan Manual OSC 3.0 Plus yang melibatkan jabatan teknikal dalaman serta meningkatkan profesionalisme perkhidmatan melalui pendedahan kepada pihak jabatan teknikal dalaman yang berkaitan dengan urusan pemajuan dan pembinaan.

Sehubungan dengan itu, MPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada MBPJ atas kesudian mengadakan lawatan ini. Semoga perkongsian ini menjadi pemangkin kepada hubungan strategik antara kedua-dua pihak dan membuka ruang kerjasama yang lebih erat demi pembangunan perbandaran yang lebih progresif dan mampan.

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀