𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐊𝐋𝐀𝐍𝐆, 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
7 NOVEMBER 2024 (KHAMIS) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah menerima lawatan daripada Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) pada jam 11.00 pagi. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan berkongsi idea berkaitan dengan pengurusan dan pelaksanaan Lesen Premis Digital myPATIL,serta Sistem iGIS MPM dan sistem-sistem lain yang dilaksanakan oleh MPM.
Lawatan ini disambut oleh Puan Noorhayati Abdul Rahim, Pengarah Kanan Jabatan Khidmat Pengurusan MPM, yang mewakili pihak MPM. Delegasi MBDK diketuai oleh Puan Zate Aziana Abdul Rahman, Akauntan, bersama 11 pegawai MBDK. Selain daripada sesi perkongsian ilmu, turut diadakan lawatan tapak di sekitar Petronas Seri Manjung bagi meninjau pelaksanaan lesen premis digital myPATIL.
MPM merakamkan ucapan terima kasih kepada MBDK atas lawatan yang penuh bermakna ini. Semoga lawatan ini dapat memperkukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua pihak serta memberi manfaat dalam mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat.