𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆, 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆, 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berbesar hati menerima lawatan daripada Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) pada jam 9.00 pagi hari ini. Lawatan ini adalah sebagai penanda aras bagi mendapatkan maklumat dan perkongsian idea khususnya berkaitan pelaksanaan dan penggunaan Sistem ePBT KPKT serta lain-lain sistem yang digunakan di MPM.

Lawatan diketuai oleh Puan Hajah Zihan Ismail, Yang Dipertua bersama barisan Ketua Jabatan Jabatan/Unit serta pegawai-pegawai MPP. Ketibaan mereka disambut oleh Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua bersama barisan pengurusan tertinggi MPM.

Diharapkan lawatan ini dapat membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua pihak melalui sesi perkongsian ilmu dan pengalaman yang berharga sekaligus akan menyumbang kepada peningkatan mutu perkhidmatan perbandaran demi kepentingan komuniti setempat.

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆, 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆, 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆, 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑