𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐇𝐏𝐕 𝐃𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐑𝐈𝐃𝐙𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐎𝐊𝐓𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐍𝐒𝐄𝐑 𝐒𝐄𝐑𝐕𝐈𝐊𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐘𝐌𝐌 𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐀𝐈𝐒𝐔𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐑𝐈𝐃𝐙𝐔𝐀𝐍
23 OGOS 2024 (JUMAAT) – DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim berkenan bercemar duli berangkat ke Program Jelajah HPV Negeri Perak anjuran Nasional Cancer Society Malaysia (NCSM) di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung pada jam 2.30 petang.
Semasa siri jelajah ini, orang awam berumur 13 hingga 45 tahun telah mendapatkan Vaksinasi Papilomavirus Manusia (HPV) pada hari ini yang diberikan secara percuma.
Program ini membuka peluang kepada golongan berisiko yang tidak termasuk dalam kumpulan sasar program HPV KKM untuk mendapatkan perlindungan dari kanser pangkal ranim (serviks), vulvar, tara; lest prakanser atau displastik dan ketuat alat kelamin yang disebabkan oleh HPV bagi perempuan, dan kanser dubur dan ketuat alat kelamin bagi lelaki menerusi suntikan vaksin HPV ini.