
𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆-𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐁𝐋𝐎𝐊 𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐋𝐎𝐊 𝐁
22 FEBRUARI 2025 (SABTU) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah melaksanakan Program Gotong-royong Bersama Clr. Ding Hong Wee, Ahli Majlis Zon 11 di Badan Pengurusan Bersama Taman Emas Blok A dan Blok B bermula jam 8.30 pagi.
Program ini turut mendapat sokongan daripada penduduk Taman Emas Blok A dan Blok B bagi membersihkan kawasan blok. Program diketuai oleh Clr. Ding Hong Wee, Ahli Majlis Zon 11 bersama Puan Nor Azimah l Hanid, Pengarah Unit Pesuruhjaya Bangunan MPM.
Program ini bukan sahaja bertujuan untuk membersihkan kawasan sekitar, tetapi juga untuk memupuk kesedaran dalam kalangan penduduk tentang kepentingan menjaga kebersihan di persekitaran kawasan rumah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.



