
𝐃𝐀𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐎𝐎𝐃𝐋𝐄 𝐀𝐑𝐓 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐎𝐎𝐓𝐃 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈!
Raya tak lengkap tanpa OOTD yang ber-style?
Hai warga Manjung! Sempena Aidilfitri ini, Dataran Doodle Art Manjung dibuka untuk kome ber-OOTD merakam kenangan raya paling epik bersama keluarga dan rakan-rakan! Dengan latar belakang karya seni yang unik, indah dan penuh warna, setiap gambar pasti jadi lebih WOW!
Tapi ingat! Dalam kemeriahan bergambar, marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan dan keindahan dataran ini. Jangan buang sampah merata, elakkan vandalisme dan hargai ruang awam ini untuk dinikmati bersama.
Moh beraya dengan penuh bergaya dan bertanggungjawab! Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin
MPM komited dalam menyediakan persekitaran yang indah, bersih dan kondusif untuk kesejahteraan bersama.



