Tarikh : 12 hingga 14 Ogos 2024
Audit Pemantauan Bersepadu Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 dan Sistem Pengurusan Anti Rasuah MS ISO 37001:2016 telah berlangsung dengan lancar selama 3 hari bermula Isnin lalu.
Sesi audit ini diketuai oleh Encik Mohd Shahril Mohd Arshad, Overall Audit Team Leader daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. bersama Puan Nur Atikah Ahmad Nadzry, Audit Team Leader (ISO 9001:2015), Puan Nur Ruzaini Ab Razak, Auditor (ISO 9001:2015) dan Encik Mohd Mauududi bin Muhamad Noor, Auditor (ISO 37001:2016).
Sehubungan dengan itu, MPM merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada seluruh warga kerja yang telah memberikan kerjasama sama ada secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang tempoh pengauditan ini dijalankan.