TEMPAT KETIGA HIASAN GERAI PBT PALING UNIK SEMPENA RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI PARLIMEN TELUK INTAN

3 MEI 2024 (JUMAAT) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah menyertai hiasan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Paling Unik semasa Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Teluk Intan Bersama PBT Negeri Perak dan Jabatan Bomba dan Penyelamat di Dewan Bandaran Majlis Perbandaran Teluk Intan.

Dengan membawa tema Unity in Diversity: Kesatuan Dalam Kepelbagaian, MPM berjaya memperoleh tempat ketiga dalam pertandingan tersebut dan turut menyediakan juadah sate semasa berlangsungnya majlis rumah terbuka ini.

Sijil penghargaan dan hadiah disampaikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Merangkap Ahli Parlimen Teluk Intan kepada Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran MPM.

Setinggi-tinggi terima kasih buat barisan Pengarah Kanan dan Pengarah serta warga kerja MPM yang terlibat atas kerjasama yang diberikan. Satu kemenangan yang tidak dijangka! Tahniah semua!!