TAWARAN 30% PEMBAYARAN KOMPAUN TERTUNGGAK MERANGKUMI KOMPAUN TEMPAT LETAK KERETA DAN KOMPAUN PELESENAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Tempoh tawaran mulai 1 hingga 31 Oktober 2021.

Bagi pembayaran tunggakan kompaun tersebut, orang ramai berpeluang menerima pelekat tempat letak kereta 3 bulan secara percuma.

Untuk mendapatkan diskaun ini, pembayaran boleh dilakukan melalui aplikasi myManjung yang boleh dimuat turun melalui app store dan google play store atau di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan (Kaunter Bayaran), Majlis Perbandaran Manjung.

Tawaran ini terhad kepada 400 orang terawal yang berpeluang mendapatkan pelekat tempat letak kereta percuma.

Jadi jangan lepaskan peluang ini!!!!