TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT INISIATIF KOLEJ COSMOPOINT IPOH DAN UNIVERSITI ANTARABANGSA CAWANGAN IPOH MEMUPUK KELESTARIAN ALAM SEKITAR

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT INISIATIF KOLEJ COSMOPOINT IPOH DAN UNIVERSITI ANTARABANGSA CAWANGAN IPOH MEMUPUK KELESTARIAN ALAM SEKITAR

12 November 2022 (Sabtu), Pantai Peranginan Teluk Senangin, Lumut menerima kunjungan 42 orang siswa/siswi dan pensyarah dari Kolej Cosmopoint Ipoh dan Universiti Antarabangsa Cawangan Ipoh dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat bagi memupuk kesedaran awam terhadap kelestarian alam sekitar.

Program berkenaan adalah anjuran daripada Kolej Cosmopoint dibawah pimpinan Puan Aida Syakila Sapi’i, Pensyarah Kolej Cosmopoint bersama dua orang lagi pensyarah telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Zon 3, Majlis Perbandaran Manjung.

Objektif program bagi memberi kesedaran kepada masyarakat awam terhadap kepentingan menjaga kebersihan pantai dan alam sekitar yang mampu memberi impak positif kepada komuniti tempatan dan pelancong untuk bersama-sama mengekalkan keindahan semulajadi pantainya sebagai satu daya tarikan pelancongan yang berkekalan.

Walaupun dalam kesibukan sempena Pilihanraya Umum ke-15, Kolej Cosmopoint dan Universiti Antarabangsa Cawangan Ipoh telah membuka lembaran baru dengan membantu menyemai semangat kerjasama bergotong-royong, kualiti hidup sihat dan meningkat kesejahteraan serta mengkomersialkan keindahan pantai Teluk Senangin melalui kempen pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.

Sekalung penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Kolej Cosmopoint Ipoh dan Universiti Antarabangsa (UNITAR) Cawangan Ipoh.