“TANGAN SEJUK” MENJADI SEMUA USAHA TANAMAN KEBUN KOMUNITI BANDAR (KKB) KRT SERI MANJUNG VII DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

5 Oktober 2023 (Khamis) – Berkat usaha yang gigih, semangat dan sentiasa berbudi kepada tanah tidak pernah merugikan, malahan mendatangkan pulangan yang menguntungkan.

Menariknya lagi sayur-sayuran ini bebas daripada penggunaan racun serangga yang memudaratkan kesihatan. Rasanya lebih selamat dan terjamin jika tanaman sayuran yang hendak dimakan dapat ditanam sendiri oleh komuniti.

Tuan Haji Muaseh Sadun, Pengerusi KRT Seri Manjung VII bersama ahli jawatankuasa Kebun Komuniti Bandar (KKB) menuai hasil tanaman sayur-sayuran lagi, tetapi kali ini beralih kepada tanaman sayuran jenis buah pula iaitu kacang panjang. Sayuran kacang panjang ditanam dengan sistem para iaitu ‘Para Trellis’ dimana ianya lebih ekonomik, praktikal dan mudah diuruskan.

Selain daripada itu aktiviti Kebun Komuniti Bandar (KKB) yang diterapkan pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Perbandaran Manjung adalah sebagai satu strategi menggalakkan interaksi sosial antara komuniti dikawasan perumahan bandar disamping turut menerapkan elemen kejiranan hijau.

Program tuai hasil kali ke-4 ini telah disertai oleh Puan Roselina Ihsan dan Encik Kairuddin Kamaruzaman, Penolong Pegawai Jabatan Perancang Bandar Majlis Perbandaran Manjung dan Encik Najib Fahmi Samsuddin, Penolong Pegawai Perpaduan, Jabatan Perpaduan Negara dan Intergasi Nasional daerah Manjung.

“Berbudi kepada tanah..tanah tidak tipu”