
TAMAN PAYA BAKAU BANDAR LUMUT, MPM BERJAYA MEMPEROLEHI 5 ROSA-SINENSIS BAGI ANUGERAH ROSA-SINENSIS PENARAFAN TAMAN AWAM DALAM SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA 2024 (HLN 2024)
ANUGERAH ROSA-SINENSIS – PENARAFAN TAMAN AWAM
Anugerah Rosa-Sinensis – Penarafan Taman Awam ini adalah satu inisiatif penarafan oleh Jabatan Landskap Negara, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan kepada taman awam, kawasan landskap dan kawasan hijau yang dirancang, dibangun dan diurus secara komprehensif yang memenuhi fungsi pembangunannya.
Anugerah ini diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi kerajaan persekutuan dan negeri serta pihak swasta yang telah menunjukkan komitmen berterusan untuk memastikan taman awam dan kawasan hijau yang dibangunkan memberi impak yang positif kepada komuniti, alam sekitar perbandaran dan biodiversiti bandar.
Taman Awam Paya Bakau Bandar Lumut telah dinobatkan menerima 5 Rosa-Sinensis bagi Penarafan Taman Awam Anugerah Rosa-Sinensis. Majlis Perbandaran Manjung adalah PBT Perak yang pertama menerima anugerah ini.
Hadir menerima Anugerah yang disampaikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah En Mohd Helmi Bin Arifin, Setiausaha Perbandaran, Majlis Perbandaran Manjung bersama En Rozi Bin Dahalan, Pengarah Unit Landskap MPM. Anugerah telah dijayakan di Dewan Aster Bangunan Ibu Pejabat PKNS Shah Alam, Selangor pada 26 Mei 2024 sempena Hari Landskap Negara 2024.
Tahniah dan syabas kepada Semua jabatan dan unit yang telah bertungkus-lumus dalam merancang, membangun dan mengurus Taman Awam, Kawasan Landskap dan Kawasan Hijau dengan penuh komited.



