𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓 𝐂𝐈𝐓𝐘
9 Januari 2023 (Isnin) – Taklimat Unit Smart City, PLANMalaysia dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)
Taklimat disampaikan oleh Encik Mohd Fazli Idris, Pegawai Perancang Bandar dan Desa, PLANMalaysia dan Encik Abdul Afiq Muhammad, Penolong Pengarah Perancangan Bandar (Projek Khas) MBI.
Sesi taklimat ini bertujuan memberi kefahaman lebih lanjut berkenaan Smart City (Bandar Pintar) iaitu bandar yang menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta Teknologi Termaju bagi menangani isu dan cabaran perbandaran. Selain itu, ia dapat meningkatkan kualiti hidup, ekonomi, kemampanan alam sekitar serta memastikan pengurusan bandar yang efektif dan efisien.
MPM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PLANMalaysia dan MBI atas perkongsian pada hari ini. Semoga perkongsian ini akan memberi impak yang positif kepada semua pihak.