Tahniah Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung terpilih sebagai salah seorang pegawai kanan di pentadbiran Kerajaan Negeri Perak yang menyertai Program Leading With Impact: Senior Leadership Programme For Land Administrators Di Melbourne, Australia.
Banyak perkongsian antara ketua-ketua jabatan di bawah portfolio Kerajaan Negeri Perak dalam sesi perkongsian ilmu pengetahuan dan pengalaman bagi memantapkan kemahiran diri dalam aspek kepimpinan bagi terus memacu wawasan, hala tuju dan strategi jangka pendek dan jangka panjang dalam mentadbir urus organisasi.
Kami percaya dengan penglibatan Tuan YDP ini akan memberi nilai tambah terhadap organisasi Majlis Perbandaran Manjung khususnya, untuk terus selangkah ke hadapan dalam penyampaian perkhidmatan awam dan pembangunan sektor pelancongan terutama sempena menyambut kedatangan Tahun Melawat Perak pada tahun 2024.
Bersama-sama kita berganding bahu berkongsi idea dan kepakaran bagi merealisasikan matlamat menjadikan Manjung sebuah Bandar Raya Pelancongan dan Maritim.