TAHNIAH MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
JOHAN LAMAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) KATEGORI MAJLIS PERBANDARAN SEMPENA SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 (HLN2023)
Sambutan HLN2023 berlangsung pada hari kedua, 11 Mac 2023 dengan upacara perasmian oleh YAB. Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Turut mengiringi bersama, YB. Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan serta Pengurusan Tertinggi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pihak Bandaraya dan Perbandaran, Majlis Daerah dan juga Exco Negeri.
Majlis Perbandaran Manjung mendapat tempat pertama bagi kategori Perbandaran.
Tahniah diucapkan kepada Unit Landskap serta semua Jabatan Yang terlibat dari mula hingga keakhir.