Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua warga kerja di atas kejayaan Majlis Perbandaran Manjung memperoleh Pensijilan ISO 45001 : 2018 (Sistem Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) daripada NIOSH Certification.

Sijil telah disampaikan oleh YB Puan Alice Lau Kiong Yieng, Pengerusi NIOSH kepada Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung sempena Majlis Pelancaran 35th Asia Pacific Occupational Safety and Health Organization Conference and Annual General Meeting (OPOSHO 35th), 23rd Conference and Exhibition on Occupational Safety and Health (COSH2020) & 6th Scientific Conference on Occupational Safety and Health (SciCOSH) yang berlangsung pada hari ini di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA KERJA DI ATAS KEJAYAAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG MEMPEROLEH PENSIJILAN ISO 45001: 2018 (SISTEM KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN)