10 Oktober 2024
Sedang berlangsung hari ini penyertaan Majlis Perbandaran Manjung, Sustainable Tourism Conference sempena Hari Pelancongan Sedunia 2024 dengan tema Pelancongan dan Keamanan: Membina Semula Ketahanan dan Kesediaan Pelancongan Melalui Pelancongan Lestari bertempat di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside telah dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), United Nations Development Programme (UNDP) Malaysia, Singapore dan Brunei Darussalam, dan Nexus Produktiviti Pelancongan (TPN).
Sustainable Tourism Conference sempena World Tourism Day
Hari Pelancongan Sedunia 2024 peringkat kebangsaan ini merupakan sebuah platform utama bagi pihak berkepentingan dari sektor pelancongan untuk berkumpul, bertukar pandangan, dan mengambil tindakan penting bagi mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs). Persidangan ini juga merangkumi pameran dan aktiviti sampingan yang bertujuan untuk meningkatkan kerjasama serta memperkayakan pengalaman secara keseluruhan.
Sehubungan dengan itu, pihak Majlis Perbandaran Manjung berbesar hati menjemput tuan/puan yang berkelapangan dan berada di lokasi berhampiran untuk menghadirkan diri ke booth pameran pelancongan MPM serta booth dibawah NGO Daerah Manjung Persatuan Karyawan Laman Karya Lumut ( LAKAR ) ,Persatuan Kutien Manjung ( KUTIEN ) ,Persatuan Aktivis Sahabat Alam ( KUASA ) dan Eco Cetak Ghomah Batik yang terlibat dengan Projek UNDP.
Harapan Majlis Perbandaran Manjung semoga program ini dapat meningkatkan daya tahan sektor pelancongan mampan, memupuk komuniti global yang lebih aman, inklusif dan saksama kerana pelancongan yang lestari menawarkan jalan yang unik untuk menyatukan rakyat, memupuk keamanan dan menangani cabaran masa depan.