SESI LIBAT URUS DI CHANGKAT KRUING
8 JANUARI 2023 (ISNIN) – Satu sesi libat urus bersama pengusaha kolam udang dan ikan telah diadakan di Changkat Kruing pada jam 2.30 petang.
Antara perkara yang dibincangkan ialah:
a. Penerangan berkaitan proses permohonan kebenaran merancang, kelulusan bangunan dan lesen
b. Agensi yang terlibat dalam proses permohonan
c. Usul untuk MPM dalam memudahkan permohonan yang berkaitan
Sesi ini dihadiri oleh YB Wong Mei Ing, ADUN Pantai Remis, Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran MPM, Ahli-ahli Majlis, barisan Pengarah MPM dan 20 orang pengusaha kolam.
Ayam, ikan dan udang adalah industri ternakan utama yang menjana ekonomi daerah Manjung. Keterjaminan makanan perlu dijaga agar ia tidak memberi kesan kepada sumber makanan di Malaysia.
MPM sedaya upaya perhalusi kaedah terbaik bagi menjamin industri ternakan terutamanya keterjaminan makanan dan mendapat penjagaan sebaiknya tanpa memberi kesan kepada alam sekitar dan masyarakat setempat.