Majlis Perbandaran Manjung telah mengadakan Seminar Pengurusan Celik Kewangan : Kukuh Kewangan, Jaminan Masa Depan dengan jayanya pada 7 Julai 2023 yang lalu bertempat di Dewan Anjung Perdana, MPM.
Seminar tersebut diisikan pengetahuan mengenai ilmu pengurusan kewangan, cara mengelakkan diri dari skim penipuan, pelaburan jangka masa panjang dari Pihak AKPK iaitu Puan Tun Ka Yin selaku Financial Advosary & Customer Engagement manakala sesi petang pula diisi dengan pengetahuan berkaitan Skim Keselamatan Sosial Pekerja, Skim Insuran Pekerja (SIP), Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) oleh En.Muhammad Amin selaku Pegawai Eksekutif Khas Pekeso Manjung.
Seminar ini melibatkan 70 orang kakitangan
MPM dan 10 orang peniaga kiosk eKasih yang dijemput bertujuan memberi motivasi kepada golongan eKasih dalam pengetahuan pengurusan kewangan agar dapat keluar dari garis kemiskinan bandar.
Semoga seminar ini sedikit sebanyak dapat membantu komuniti perbandaran Manjung dalam ilmu pengetahuan pengurusan kewangan dan skim keselamatan pekerjaan demi kelangsungan hidup di zaman kian mencabar kini.