SEMARAK KEMERDEKAAN INISIATIF AHLI MAJLIS, MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA KOMUNITI MERIAHKAN SAMBUTAN.

SEMARAK KEMERDEKAAN INISIATIF AHLI MAJLIS, MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA KOMUNITI MERIAHKAN SAMBUTAN.

24 Ogos 2024 (Sabtu) – Hanya tinggal satu minggu sahaja lagi kita akan menyambut Hari Kebangsaan Kali Ke-67.

Sambutan Hari Kebangsaan merupakan acara tahunan yang diadakan bagi memperingati sejarah serta pencapaian negara sejak kemerdekaannya dan pembentukan Malaysia.

Hari ini Encik Teong Duong Woon, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Zon 12 bersama Encik Phang Hean Chun, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Zon 17 serta komuniti dan badan bukan kerajaan daripada KRT dan Jawatankuasa Penduduk (JKP) memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dengan mengagihkan bekalan Jalur Gemilang kepada komuniti, premis peniagaan, kediaman, rumah ibadat dan lain-lain.

Sebelum itu, Encik Phang Hean Chun, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Manjung Zon 17, Encik Lau Cheong Loong, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Zon 18 turut melakukan aktiviti yang sama pada 18 Ogos 2024 yang lalu sehinggalah pada penamat 31 Ogos 2024 masih ada Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung daripada Zon 4, Zon 8, Zon 9 dan Zon 24 akan melaksanakan program sambutan sempena kemerdekaan di lokasi masing-masing dengan cara yang berbeza tetapi objektifnya tetap sama.

Objektif utama bagi meningkat semangat kebangsaan serta menggalakkan semangat patriotism dalam kalangan komuniti disamping memperkukuhkan identiti kebangsaan Malaysia yang mempunyai kepelbagaian rumpun bangsa, agama dan etnik yang harmoni di kawasan Majlis Perbandaran Manjung.

Kita terjemahkan semangat patriotik dan rasa bangga menjadi anak Malaysia namun tidak lupa kepada jasa dan pergorbanan jiwa dan raga pejuang kemerdekaan yang jelas membuktikan jati diri dan semangat mempertaruhkan nyawa dan harta benda yang membolehkan kita mengecapi keamanan dan perpaduan seperti hari ini.