PROGRAM WARRIOR RUN 2023, DATARAN LUMUT
12 OGOS 2023 (SABTU) – Program Warrior Run 2023 telah diadakan di Dataran Lumut pada hari ini dan berlangsung jam 6.20 pagi hingga 11.00 pagi. Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Minda Sihat Manjung (PMSM) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung, Hospital Seri Manjung, Hospital Angkatan Tentera Lumut serta agensi kerajaan dan swasta dan penaja utama adalah Syarikat Vale Minerals Malaysia (VALE).
Program berkenaan meliputi beberapa kategori larian iaitu 21KM, 12KM dan 5KM serta melibatkan sebanyak 2000 penyertaan. Penganjuran program ini bagi mempromosi kesedaran kepentingan kesihatan mental.
Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Halizah Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). Turut hadir adalah YDH Toh Seri Bijaya Lt. Kol (B) Dato’ Shaharudin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung, Yang Berhormat Dato’ Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Beruas, Tuan Shamsul Ridzuan Idris, Pegawai Daerah Manjung, Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Encik Leonardo Paiva, Ketua Pegawai Eksekutif Vale Minerals Malaysia (VALE) dan pegawai-pegawai agensi kerajaan serta swasta.