PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY – CSR) MEMBERSIHKAN PANTAI TELUK BATIK OLEH PELAJAR KOLEJ POLY-TECH MARA IPOH

10 SEPTEMBER 2023 (AHAD) – Poly-Tech MARA Ipoh telah mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility – CSR) membersihkan Pantai Teluk Batik, bermula jam 9.00 pagi. Program ini melibatkan para pelajar dan diiringi oleh Puan Bisyaarah Mohd Surur, Timbalan Pengarah Akademik Kolej Poly-Tech MARA Ipoh.

Taklimat berkenaan kempen Bawa Pulang Sampah Anda dan Kempen Bebas Plastik di kawasan Pantai Teluk batik telah disampaikan oleh Encik Zainul Ariffin Abu Bakar, wakil Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial dan Encik Muhamad Amirul Azim Amir, wakil Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar, Majlis Perbandaran Manjung.

Program ini diadakan bagi tujuan memupuk kesedaran dalam kalangan komuniti dalam usaha memelihara pantai agar mewujudkan persekitaran bersih dan selamat. Selain itu, ia juga menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan bersama. Kesannya, pantai ini akan memberi impak yang lebih baik untuk menarik kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara.