
PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY – CSR) MEMBERSIHKAN PANTAI TELUK BATIK OLEH INSTITUT LATIHAN STATISTIK MALAYSIA (ILSM)
9 SEPTEMBER 2023 (SABTU) – Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM), Sungkai telah mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility – CSR) membersihkan Pantai Teluk Batik, bermula jam 8.30 pagi. Program ini melibatkan pegawai-pegawai baharu Jabatan Perangkaan Malaysia dan diketuai oleh Encik Zuraidy Zainal Abidin, Pengarah ILSM.
Taklimat berkenaan kempen Bawa Pulang Sampah Anda dan Kempen Bebas Plastik di kawasan Pantai Teluk batik telah disampaikan oleh Encik Zainul Ariffin Abu Bakar, wakil Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, Majlis Perbandaran Manjung.
Program ini diadakan bagi tujuan memupuk kesedaran dalam kalangan komuniti dalam usaha memelihara pantai agar mewujudkan persekitaran bersih dan selamat. Selain itu, ia juga menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan bersama. Kesannya, pantai ini akan memberi impak yang lebih baik untuk menarik kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara.


