PROGRAM “PLOGGING” UTP – TANGGUNGJAWAB MENJAGA HUBUNGAN HARMONI ANTARA MANUSIA DAN ALAM.
10 Jun 2023 (Sabtu), Tanggungjawab menjaga hubungan harmoni antara manusia dan alam sekitar menjadi aktiviti khidmat masyarakat Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar di pantai peranginan Teluk Senangin, Lumut.
Seramai 35 orang termasuk pensyarah AP Ir Ts Dr Masdi Muhammad, Ts Dr Azian Ahmad, Puan Azizah Mohd Ariff dan mahasiswa dan siswi dari Jurusan Kejuruteraan Mekanikal berkolaborasi bersama Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar (Zon 3) dan Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung.
Sebanyak 96.5 kg sampah sarap dapat dipungut sepanjang jajaran pantai 9km tersebut dalam tempoh 2 jam. Kebanyakkan sampah yang dikutip terdiri daripada bahan yang boleh dikitar semula seperti botol plastik, kertas, tin minuman dan juga bahan yang tidak dapat dikitar semula seperti polistrin.
Program aktiviti “plogging” antara pihak PBT dan Kementerian Pelajaran Tinggi ini diharap dapat membuka mata lebih banyak pihak untuk menganjurkan yang sedemikian pada masa akan datang dan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai tanggungjawab untuk bersama-sama membantu melestarikan alam sekitar.
Kerjasama orang ramai yang mengunjungi pantai amatlah dialu-alukan untuk menyemai sifat kasih dan membudayakan budaya membuang sampah di tempat yang telah disediakan oleh Majlis Perbandaran Manjung dan pihak pengurusan chalet.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pihak Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang prihatin terhadap kelestarian alam sekitar terutama di kawasan pantai tumpuan awam.