PROGRAM ‘PLOGGING’ DAN TAKLIMAT KITAR SEMULA – “SAYANGI ALAM SEKITAR, BERSAMA KITA MENJAGANYA DEMI UNTUK GENERASI YANG AKAN DATANG”

PROGRAM ‘PLOGGING’ DAN TAKLIMAT KITAR SEMULA – “SAYANGI ALAM SEKITAR, BERSAMA KITA MENJAGANYA DEMI UNTUK GENERASI YANG AKAN DATANG”

7 Januari 2024 (Ahad) – Seramai 40 orang bakal – bakal pendidik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim mengadakan aktiviti pembersihan pesisir pantai daripada sampah sarap sebagai agenda kesukarelawanan dalam program “I’ am ocean ally : Beach Clean Up” di pantai peranginan Teluk Senangin, Lumut.

Aktiviti tersebut telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Zon 3 Majlis Perbandaran Manjung.

Sebanyak 103.15 kg sampah sarap terdiri daripada pelbagai jenis dapat dikutip dalam tempoh 2 jam sahaja di sepanjang jajaran pantai tersebut.

Di program yang sama turut diadakan taklimat, kuiz dan sukaneka pembudayaan Program 3R yang dianjurkan oleh pihak Majlis Perbandaran Manjung melalui Unit Kitar Semula Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar yang telah disampaikan oleh Encik Muhammad Afiq Ahamad dan Encik Thafawan Bakeri Johari yang mewakili bagi pihak pengarah jabatannya.

Pendedahan mengenai 3R ini adalah merupakan langkah pertama bakal-bakal pendidik mendapat suntikan ilmu sebelum melangkah ke alam sebenar pekerjaan bergelar guru yang secara menyeluruh melaksanakan program 3R dan menjadi budaya warga pendidik pada masa akan datang dalam usaha untuk menjaga alam sekitar.

Kitar semula merupakan salah satu altenatif terbaik untuk manusia dan alam semulajadi berkait kerana jumlah bahan buangan yang dibuang oleh manusia semakin meningkat dari masa ke semasa.

Nilai murni kita, keluarga, masyarakat perlu wujud dalam penggunaan bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Ianya juga selaras dengan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025, Nilai Teras Pembangunan Mampan yang menekankan tentang pemuliharaan alam sekitar.

Jom, pengunjung pantai peranginan kita jadikan keindahan pantai hari ini untuk diwarisi kepada generasi hari esok.