PROGRAM PERTUKARAN BARANGAN KITAR SEMULA DENGAN BARANGAN KEPERLUAN HARIAN SEMPENA SAMBUTAN HARI DENGGI ASEAN PERINGKAT NEGERI PERAK
2 JULAI 2022 (SABTU) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengadakan Program Pertukaran Barangan Kitar Semula Dengan Barangan Keperluan Harian Sempena Sambutan Hari Denggi ASEAN Peringkat Negeri Perak bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari bertempat di Padang Astaka.
Program ini berlangsung pada hari Sabtu, minggu pertama setiap bulan. Sehubungan dengan itu, orang ramai dijemput hadir.