PROGRAM PERASMIAN MAJLIS BERKHATAN DAN TADARUS RAKYAT BERSAMA 2024 ERATKAN UKHWAH KOMUNITI SETEMPAT

PROGRAM PERASMIAN MAJLIS BERKHATAN DAN TADARUS RAKYAT BERSAMA 2024 ERATKAN UKHWAH KOMUNITI SETEMPAT

18 Februari 2024 (Ahad) – Program berkhatan beramai-ramai setiap musim cuti persekolahan menjadi salah satu platform terbaik dalam mengeratkan hubungan ukhwah antara komuniti setempat. Pada hari ini berlangsung Program Khatan Perdana dan Khatam Tadarus Al-Quran Bersama Rakyat 2024.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Issamudin Ibrahim, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial yang mewakili pihak Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung merakamkan ucapan terima kasih kepada agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, para ibu bapa dan komuniti yang menjayakan program sedemikian kerana penglibatan dan penyertaan aktif komuniti dalam penganjuran program adalah terjemahan kepada kesepakatan dan keharmonian komuniti setempat.

Turut hadir menyerikan majlis ialah YB Nordin Ahmad Ismail, Ahli Parlimen Lumut, Yang Berbahagia Dato’ Seri Panglima Haji Mohamad Roslan Mohamad Ramli, Pengerusi Masjid Sultan Alang Iskandar Shah, Kampung Dato’ Seri Kamaruddin, Barisan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan keselamatan Kampung, Ahli Jawatankuasa Masjid, Ahli Kawasan Rukun Tertangga dan komuniti setempat.

Seramai 33 orang anak-anak menyertai majlis berkhatan beramai-ramai dan 150 orang peserta Tadarus ayat suci Al-Quran. Turut diadakan juga program lain antaranya Majlis Zikir, Tahlil, Selawat Marhaban, Tahniq bayi, pertandingan ‘dam ular’, pertunjukan Silat, Kaunter pendaftaran PADU, berendoi, Kiosk Jualan dan Kaunter Perkhidmatan Bergerak MPM serta program pengumpulan fabrik terpakai.

Program ini adalah hasil muafakat dan jalinan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung, KRT, Jawatankuasa Masjid, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, komuniti setempat dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung.

Terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak terutama jawatankuasa penganjur yang masih mengekalkan budaya dan adat resam melayu dalam majlis berkhatam Al-Quran dan Majlis Berkhatan ini agar terus subur terpelihara untuk diikuti generasi baru dan tidak tengelam dek zaman.

“Bulat air kerana pembetong, bulat manusia kerana muafakat”