PROGRAM PERASMIAN LAMAN DEKORASI KITAR SEMULA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
1 APRIL 2022 (JUMAAT) – Majlis Perasmian Laman Dekorasi Kitar Semula Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah berlangsung pada jam 8.30 pagi di Padang Awam Taman Desa Maju, Sitiawan.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Hamdan Mohamed, Ahli Majlis MPM Zon 10. Turut hadir ialah Ahli-ahli Majlis dan Pengerusi-pengurusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT).
Semasa program ini, turut diadakan aktiviti menanam pokok teduhan iaitu bucida mollineti dan pandanus oleh komuniti setempat.
Laman Dekorasi Kitar Semula ini merupakan ilham dan kreativiti daripada anggota Unit Landskap, MPM dengan menggunakan bahan-bahan terbuang seperti tayar kereta dan poli paip. Bahan-bahan ini telah diolah menjadi replika motosikal dengan pelbagai corak yang bewarna-warni.
Kewujudan laman ini bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan memelihara alam sekitar dan memupuk daya kreativiti bagi mencipta sesuatu yang baharu.