PROGRAM PENYERAHAN KUNCI BANGUNAN PUSAT KOMUNITI WARISAN KAMPUNG KOH
4 SEPTEMBER 2023 (ISNIN) – Program Penyerahan Kunci Bangunan Pusat Komuniti Warisan Kampung Koh telah diadakan pada hari ini, jam 10.15 pagi. Program ini telah dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Kawasan Beruas, Yang Berhormat Tuan Jason Ng Thien Yeong, ADUN Kawasan Astaka, Yang Berhormat Puan Wong May Ing, ADUN Kawasan Pantai Remis, Yang Berbahagia Dato’ Shamshuzaman Sulaiman, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Perak, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Yang Berusaha Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Manjung, Yang Berusaha Encik Mohd Helmi Ariffin, Setiausaha Perbandaran, Majlis Perbandaran Manjung, Ahli-ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung, Pengarah-pengarah dan kakitangan Majlis Perbandaran Manjung.
Gimik penyerahan replika kunci bangunan ini telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Ngeh Koo Ham kepada Encik Ding Hoon Wee, Ketua Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon 13 (Ahli Majlis), Majlis Perbandaran Manjung. Untuk makluman, Pasar Lama Kampung Koh telah dinaik taraf sebagai Pusat Komuniti Warisan Kampung Koh dan siap sepenuhnya pada 1 April 2023. manakala kerja-kerja penyelenggaraan dewan ini telah bermula sejak 10 Disember 2021.
Pembinaan semula pusat komuniti ini merupakan satu platform untuk masyarakat berhimpun dan melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan dan acara budaya. Hal ini merupakan langkah penting dalam menjalin hubungan interaksi dan memperoleh maklum balas yang lebih baik antara Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung dengan komuniti setempat. Dengan adanya pusat komuniti seperti ini, ianya dapat memberikan pendidikan sepanjang hayat kepada masyarakat setempat untuk kesejahteraan jangka panjang.