PROGRAM PENGUMPULAN SISA BARANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE)
Pada hari ini, 14 Oktober 2021 telah berlangsung aktiviti pengumpulan sisa barangan elektrik dan elektronik (e-waste) bertempat di Stor Kompos Majlis Perbandaran Manjung (MPM).
Inisiatif ini dilaksanakan bagi mendidik komuniti mengenai kepentingan pelupusan sisa e-waste dengan cara yang betul.
Moh Yeop dan Yong! Tukar barang e-waste jadi wang yang akan berlangsung pada 16 Oktober 2021 di perkarangan lobi MPM.
“E-waste dikitar, bumi terpelihara”
“Ayuh kumpul 100 tan e-waste”