PROGRAM PEMULIHARAAN PANTAI DAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR BERSAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PERAK TENGAH DI TELUK NIPAH, PULAU PANGKOR
Pada 7 November 2023, berhadapan Tandas Awam Teluk Giam, Coral Beach, Pulau Pangkor telah berlansung Program Pemuliharaan Pantai dan Pendidikan Alam Sekitar bersama Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah yang dianjurkan oleh Persatuan Pencinta dan Pemuliharaan Penyu Pulau Pangkor dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Perak Tengah, Sekolah Kebangsaan Parit dan Majlis Perbandaran Manjung. Persatuan Pencinta dan Pemuliharaan Penyu Pulau Pangkor merupakan rakan kerjasama pihak Majlis Perbandaran Manjung bagi penganjuran program-program kesedaran alam sekitar dan projek pemuliharaan penyu di Pulau Pangkor.
Selain itu, bilangan peserta adalah seramai 28 orang pelajar-pelajar berkeperluan khas (Program Pendidikan Khas Integrasi) dan 9 orang guru pengiring. Antara program yang dijalankan adalah Gotong-royong pembersihan Pantai Teluk Nipah, semaian dan penanaman Pokok Merambong, dan Bengkel Kenali Penyu Kita.
Objektif program ialah bertujuan merangsang kesungguhan pelajar untuk membersih sisa buangan sampah hanyut seperti plastik, polystrene dan sebagainya yang terdampar di pesisir pantai pendaratan penyu.
Semoga habitat marin tersebut terus “berlabuh” di pantai ini dan generasi hadapan terus berpeluang melihat penyu di daerah Manjung.
“Helping Sea Turtles Survive”