PROGRAM PEMBERSIHAN PANTAI – THE BODY SHOP MALAYSIA (PERAK) SEMPENA BULAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT
21 September 2023 (Khamis)- Pantai peranginan Teluk Batik, Lumut menjadi lokasi pilihan untuk Program Tanggungjawab Sosial Korporat The Body Shop Malaysia (Perak) setelah lokasi yang asalnya di pantai Tanjung Kepah, Pasir Panjang Laut tidak dijumpai.
Namun, The Body Shop Malaysia (Perak) iaitu syarikat kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi British yang dipimpin oleh Cik Fion Lim yang berpengkalan di Ipoh, Taiping, dan Manjung tidak berputus asa dan tidak melemahkan semangat untuk memenuhi program tanggungjawab sosial korporat syarikat agar dapat dijalankan setiap 20 hari bulan September setiap tahun.
Dengan kekuatan tenaga seramai 7 orang peserta sahaja namun berjaya juga memungut 25 kg sampah kebanyakkannya terdiri daripada botol plastik, tin minuman dan bekas polystrine yang dapat dikutip di sepanjang jajaran pesisiran pantai tersebut.
Objektif program adalah bagi memupuk dan meningkatkan kesedaran masyarakat awam untuk bersama-sama menjaga kebersihan pantai kerana keindahan dan penggunaan pantai adalah milik semua dan mesti menjadi tanggungjawab bersama untuk mengekalkan keindahannya untuk di wariskan kepada generasi yang akan datang.
Semoga program jalinan kerjasama seperti ini dapat dilaksanakan lebih banyak lagi pada masa akan datang meliputi penglibatan agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan.
Sekalung tahniah dan terima kasih kepada pengurusan The Body Shop Malaysia (Perak) yang sanggup berkorban untuk memberi khidmat masyarakat pembersihan pantai di daerah Manjung.