PROGRAM PEMBERSIHAN PANTAI DAN KITAR SEMULA INISIATIF PETRONAS DAGANGAN BERHAD (PDB) UTARA DENGAN KERJASAMA AGENSI MEMUPUK KESEDARAN KELESTARIAN ALAM SEKITAR

PROGRAM PEMBERSIHAN PANTAI DAN KITAR SEMULA INISIATIF PETRONAS DAGANGAN BERHAD (PDB) UTARA DENGAN KERJASAMA AGENSI MEMUPUK KESEDARAN KELESTARIAN ALAM SEKITAR

21 Oktober 2023 (Sabtu) – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu dan Pantai Pasir Panjang Segari menjadi wadah perjuangan pembersihan pesisir pantai dari sampah sarap hanyut.

Program anjuran Petronas Dagangan Berhad, Wilayah Utara (Bahagian Bahan Api) yang turut disertai oleh Tuan Muhammad Anuar Abd. Samad, Ketua, Jualan Runcit Wilayah Utara, Tuan Ahmad Najme Yusuf, Pengurus Kanan Jabatan Kelestarian Bahagian Strategi PDB turut dihadiri oleh Encik Mohammad Syafiq Shafie, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Majlis Perbandaran Manjung serta wakil daripada agensi kerajaan di daerah Manjung.

Program yang menarik minat seramai lebih daripada 250 orang peserta termasuk daripada Pengurus Stesen Minyak Petronas Zon Utara, Pengurus Stesen Minyak negeri Perak, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Cawangan Seri Manjung, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Jabatan Perikanan Negeri Perak, Majlis Perbandaran Manjung serta pelajar-pelajar daripada Kementerian Pendidikan Tinggi terdiri daripada Universiti Teknologi Petronas, UniKL-MIMET dan Kolej Komuniti Manjung serta badan bukan kerajaan, Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA).

Sebanyak 640.50 kg sampah sarap hanyut dapat dipungut di program pembersihan pantai dalam tempoh masa 2 jam yang menyaksikan bahan yang boleh dikitar semula terdiri daripada botol plastik menjadi ‘ranking’ utama.

Selain itu para peserta turut disajikan taklimat mengenai pembudayaan Program 3R yang dianjurkan oleh pihak Majlis Perbandaran Manjung yang amat penting bagi kita dan alam semula jadi kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang dibuang oleh kita sendiri semakin meningkat dari masa ke semasa dan berlaku terlalu pantas.

Program ini selaras dengan matlamat Petronas Dagangan Berhad untuk meningkat kesedaran bagi penggunaan dan pengendalian plastik dikalangan komuniti tempatan, amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) yang selaras dengan agenda Ekonomi Plastik Baru (NPE) dan strategi impak sosial disamping menyumbang kepada peralihan global kepada ekonomi sirkular (konsep guna, pulang dan cipta semula).

Sekalung penghargaan tahniah dan terima kasih kepada Petronas Dagangan Berhad Wilayah Utara, Agensi Kerajaan daerah Manjung dan Kementerian Pendidikan Tinggi atas keprihatinan anda di kawasan perbandaran Manjung.

“fikir dulu..sebelum buang..”