PROGRAM LAWATAN SEMARAK PELANCONGAN PENGERUSI JAWATANKUASA PELANCONGAN; INDUSTRI, PELABURAN DAN PEMBANGUNAN KORIDOR NEGERI PERAK
Pada 24 November 2023, Yang Berhormat Encik Loh Sze Yee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor telah membuat lawatan di Pantai Kulit Kerang dan Lata Ulu Lincin sempena Lawatan Semarak Pelancongan di daerah Manjung.
Lawatan ini juga turut dihadiri oleh YB Azman Bin Noh, Adun Pengkalan Baharu bersama-sama turut serta ialah YB Jason Ng Thien Yeong, Adun Astaka, Encik Mohd Helmi Ariffin, Setiausaha Perbandaran bagi mewakili Tuan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Manjung, Puan Nur Balqis Hannah, Penolong Pengarah, Wakil Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Negeri Perak, wakil Pegawai Daerah Manjung, Wakil Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Polis Diraja Malaysia (Cawangan Beruas), Tourism Perak, Barisan Ahli-ahli Majlis, Pengarah Kanan dan Pengarah MPM. Objektif daripada lawatan tersebut adalah untuk menambahbaik kawasan pelancongan di daerah Manjung bagi persediaan Tahun Melawat Perak 2024 dan Tahun melawat Malaysia.
Jom beramai-ramai datang untuk memeriahkan kawasan Pantai Kota Kulit Kerang Pengkalan Baharu Perak dan Lata Ulu Lincin Beruas.
Jom OOTD di daerah Manjung.