PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN PENDIDIKAN SABK MAAHAD AL-UMMAH, IPOH KE TAMAN EKOPELANCONGAN TAMAN PAYA BAKAU BANDAR LUMUT.

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN PENDIDIKAN SABK MAAHAD AL-UMMAH, IPOH KE TAMAN EKOPELANCONGAN TAMAN PAYA BAKAU BANDAR LUMUT.

7 Disember 2024 (Sabtu) – Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Maahad Al-Ummah yang berpusat di Jalan Jelapang, Ipoh melaksanakan aktiviti luar kelas dengan menjadikan Taman Ekopelancongan Paya Bakau Bandar Lumut sebagai langkah proaktif kearah memupuk generasi muda untuk menyayangi dan menghargai hutan paya bakau dan alam persekitaran semula jadi.

Seramai 98 orang pelajar Tingkatan 2 dan 3 bersama 5 orang guru pengiring mengadakan program lawatan sambil belajar telah mendapat kerjasama daripada Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dan Unit Landskap, Majlis Perbandaran Manjung.

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar mengenai ekosistem paya bakau. Aktiviti ini juga dapat memberi pengukuhan kesedaran kepada generasi muda mengenai kepentingan menjaga hutan Paya Bakau.

Matlamat utama lawatan pendidikan ini ialah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar untuk mengenali hutan paya bakau yang kaya dengan flora dan fauna disamping berkesempatan melakukan kerja amal iaitu dengan menanam pokok bakau.

Sebanyak 10 anak pokok dari spesis Bakau Minyak dan Bakau Berus dapat ditanam dengan kadar bayaran RM10.00/pokok serta berjaya juga menyemai lebih daripada 300 anak benih bakau bagi membantu dan memastikan bekalan untuk kesinambungan anak pokok bakau yang boleh ditanam sentiasa ada di lokasi tersebut.

Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) melalui Puan Hawa Abd. Wahid, Pengurus Projek KUASA dan Encik Noor Ismady Ahmad Radzuan, Setiausaha KUASA menegaskan bahawa Program Penghijauan Malaysia ini adalah program berterusan dari masa ke semasa demi memelihara dan memulihara alam sekitar dalam inisiatif pihak badan bukan kerajaan ini khususnya di daerah Manjung seterusnya di negeri Perak juga

Pihak Majlis Perbandaran Manjung merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kepada pihak SABK Maahad Al-Ummah dan juga Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) yang berusaha meningkat biodiversiti, ekosistem bakau dalam menyahut Program “Jom Tanam Bakau” dikawasan ekopelancongan Majlis Perbandaran Manjung.